Font Size

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Cpanel

Wacana: "Dunia Pendidikan Tok Guru"

  • PDF

WACANA “DUNIA PENDIDIKAN TOK GURU”

Muqaddimah

Program wacana “Dunia Pendidikan Tok Guru” ini diadakan sempena setahun pemergian arwah Tuan Guru Nik Ab Aziz bin Nik Mat justeru memperingati jasa dan pengorbanan beliau khususnya dalam aspek ilmu dan pendidikan. Tercetusnya idea ini adalah daripada anakandanya sendiri iaitu Ustaz Nik Omar bin Nik Ab Aziz agar sumbangan dan jasa Tok Guru dalam aspek pendidikan dapat dimanfaatkan untuk kesejahteraan ummah disamping memperkenalkan Kompleks Pendidikan Darul Anuar sebagai penyambung legasi pemikiran Tok Guru.

 

Objektif

1.  Mendalami corak pemikiran Tok Guru khususnya dalam bidang pendidikan.

2. Menyelami suasana pentarbiyahan yang diterima Tok Guru semenjak kecil sehingga mencorakkan kehidupannya.

3.   Melihat sumbangan Tok Guru yang menekankan aspek qudwah dalam bidang pendidikan.

 

Tujuan

1. Menzahirkan Kompleks Pendidikan Darul Anuar sebagai legasi pendidikan Tok Guru melalui penerapannya di dalam manhaj pengajian Darul Anuar.

2. Mengalu-alukan sokongan dan kerjasama masyarakat untuk sama-sama menghulurkan bantuan bagi pembangunan Kompleks Pendidikan Darul Anuar serta pembinaan Galeri Tok Guru.

3. Memperkenalkan Galeri Tok Guru yang akan menempatkan bahan-bahan peribadi bersejarah berkenaan beliau yang sedang dalam proses pembinaan.

4.  Menjelaskan sifat-sifat terpuji Tok Guru yang menjadi sumber inspirasi kepada warga Darul Anuar.

Tarikh: 20 Februari 2016

Masa: 8.30pg - 12.30 tgh

Tempat: Dewan Terbuka Maahad Darul Anuar, Pulau Melaka

#jemput hadir bagi memeriahkan majlis ini#

http://i967.photobucket.com/albums/ae155/darulanuar/banner%204x8_zpswxvpqtlb.jpg

Last Updated on Friday, 19 February 2016 03:48

You are here